Blog untuk berkongsi aktiviti Cikgu CDa dalam usaha untuk meningkatkan minat generasi Y & Z ini untuk mencintai STEM.
Friday, 14 July 2017
Anak-anak Didik Cikgu Cda datang beraya
Asyik cerita pasal belajar je... jom kita cerita pasal raya. Hari Jumaat 14 hb Julai 2017, anak-anak didik Cikgu Cda datang ke teratak Cikgu Cda di Mutiara Rini. Riuh juga la rumah saya dengan gelagat diorg ni.
Ni geng-geng Matematik 3B dan 3A... Geng-geng ni tak lama kt rumah saya sebab crowded sangat katanya. Mereka beraya ke rumah Cikgu Bazlin pulak.
Geng-geng ni geng abang sado 3F dan 3B. Nak dijadikan cerita, kebetulan suami saya menjemput postgraduate students dia. Students suami ada yg dari Sudan, Iran dan Pakistan. Ayah pd students suami yg dari Iran kebetulan datang, beliau pernah bekerja di Thailand di Pejabat Kedutaan katanya. Dek kerana nampak segak penuh warna warni budak2 ni berbaju Melayu siap bersamping lagi, pengalaman yang beliau belum pernah rasai sepanjang beliau menemani anaknya di Malayisa, so peluang keemasan abang2 sado ni jadi model pakaian tradisional Malaysia.
HHHmmmm... sukalah tu. Ada sorang budak tu kan, dia bisik dgn saya "Suami cikgu orang mana?" Kebetulan pulak suami saya ada depan saya, sayapun tepuk bahu suami saya, "ni suami saya, orang kelantan".. apa agaknya yang dia pikir ek? Sapalah tu???
Ni geng-geng 3D... meriah je diorang ni. Sampai satu tahap, dia datang dapur, cakap kt cikgu ada makanan tak nk makan, tp tak nak makan yang ada kt depan sbb semua dh makan. So dia bukak peti ais dan nampak wrap, terus plak nk memasak. Bila dapur saya kena takluk, ginilah jadinya
Ni ha, budaknya
Meriahnya raya.. ex-students saya 3A 2016 pun datang juga. tengok la gelagat mereka, jadi tempat ambil gambar pulak rumamh saya..mana2 tempat pun dia posing...
Terima kasih semua yang sudi datang rumah saya. Moga kalian semua berjaya dunia akhirat. Doakan cikgu diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk mendidik anak bangsa. Nanti2 bila dah abis sekolah, sudi-sudi la datang jenguk cikgu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahahaha model pakaian tradisional. Yay bukak2 je ada muka saya
ReplyDelete