Sunday, 30 July 2017

CrossCulture Internship Programme

Pembugaran IT dalam PdPc PAK 21 Sekadar Perkongsian ketika menerima kunjungan dari Universiti Phu Yen, Vietnam dan Universitas Cokrominota Paiolo dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Muhammaiyah, Indonesia. Aktiviti untuk kelas ini, saya gabungkan idea Gamifikasi dan Schavenger Hunt bagi tajuk Persamaan Linear, atau lebih spesifiknya Persamaan Linear dalam Dua Pemboleh ubah (Persamaan Serentak). Saya bahagikan 5 stesen untuk setiap tugasan yang berbeza. Stesen 1 - Murid mencatat nota dari site Persamaan Linear Stesen 2 - Murid menonton video dua kaedah Penyelesaian Persamaan Serentak, iaitu Kaedah Penghapusan dan Kaedah Penggantian Stesen 3 - Murid meneroka perisian Geo Gebra untuk mendapatkan penyelesaian bagi Persamaan Serentak menggunakan Kaedah Graf Stesen 4 - Kuiz soalan sederhana Stesen 5 - Kuiz soalan KBAT
Stesen 1, 2 dan 3 berjalan serentak. Murid dibahagikan kepada kumpulan - Group of 4. Setiap kumpulan dibahagikan tugasan untuk Stesen 1, 2 dan 3. Tugasan yang telah disiapkan oleh setiap kumpulan akan saya semak dan memberi reward dalam bentuk sticker. Kumpulan yang paling banyak mengumpul sticker akan dikira sebagai pemenang. Setiap sticker yang diberi juga akan ditampal pada bulatan yang mewakili setiap ahli kumpulan. Bulatan 1 untuk ahli 1 dalam kumpulan. Pada akhir kelas, saya akan dapat pemenang dari kategori kumpulan dan individu. Macam best kan... memang best tau.. kalau tak caya buat la dalam kelas Selesai melaksanakan tugasan bagi Stesen 1-3, barulah kumpulan diberikan kebenaran untuk melaksanakan tugasan Stesen 4 dan seterusnya Stesen 5. Dalam kelas kami, tiada kumpulan pun yang layak berpindah ke Stesen 4, hhmmmm...
Wah.. nampak khusyuk je kan anak2 saya ni. Maklumlah dapat pegang mouse dan tgk skrin komputer, takde sorang pun yang menguap.. Bagi menghargai kerjasama anak2 ini, kami raikan dengan daun seleri. Eh! daun seleri tu wonderpet... kami bukan wonderpet.. So kami raikan dengan KFC. Seronoknya mereka, dapat makan KFC lagi. Perjanjiannya cikgu beli bucket dan semua kongsi ramai2, nak makan lebih bayar sendiri!! Huuwwaaa... zalimnya cikgu..
Hhhmmmm.. suka la tu.. o.k. sekian untuk perkongsian kali ini...

No comments:

Post a Comment