

Ha.. yang ni pakai baju cikgu ni.


Yan Yu.. saya ingat dia sebab saya ajar dia Matematik tingkatan 1, tp saya cuti bersalin 5 bulan masa tu. pastu tingkatan 2 saya ajar dia Bahasa Melayu sekejap, lepastu saya lepaskan Bahasa Melayu tahun tu.. tak ajar dah BM smpai sekarang. Tingkatan 3, saya ajar lagi Yan Yu yang super sibuk main bola tampar sampai wakil Malaysia. Dia budak yang baik dan rajin, trial PT3 dia fail Matematik, tapi saya yakin sangat dia boleh buat yang terbaik dan masa PT3 dia buktikan dia boleh dapat B. Bila Yan Yu tukar kelas, saya pulak yang sedih.. agak2 kenapa ek? Sebab saya tau potensi dia..

Yang ni pulak, cikgu kena tahan masa nk masuk kelas.. ajak gambar kenangan, iyalah.. dah pakai
baju Melayu la katakan.




Tau tak kenapa budak 2 orang ni datang jumpa saya? Ada la tu benda yang dia nak.. Haziq dan Shine, pelajar 4SN, saya ajar dia Matematik thn lepas, tp mengajar diorg memang happening. Kenapa Haziq berdiri jauh?? sebab dia ingat pesah saya...saya selalu ingatkan dia dalam kelas, bukan Mahram tak boleh dekat2.. Kami mengadakan sambutan ni sebelum rehat sahaja, manakala selepas rehat kami masuk kelas seperti biasa, PdPc seperti biasa. Mau ke budak2 nk belajar dah meriah sepanjang pagi. Kelas saya dengan 3D selepas rehat, masuk ke kelas mereka semua tengah buat Mannequin Challenge. Kita buat win win situation, bila semua buat latihan yang saya beri, kita akan buat mannequin challenge ni..
Tak pelah, kita layan murid 1KK buat tarsia puzzle untuk Persamaan Linear















Yang ni budak dah penat sangat katanya. Entah apa yang dia penat tak tau lah.. tgk persembahan dan makan je pun.. boleh
penat jugak ek? Daniel...Daniel..


Ni pulak the twins, Serene dan En Hui. Comel kan???




Ni gambar kami ramai2


1KK The Best !!!
Ok, ni pulak Manequinn Challenge utk 1 KK
Seronok la tu...
No comments:
Post a Comment