Sunday, 30 July 2017

CrossCulture Internship Programme

Pembugaran IT dalam PdPc PAK 21 Sekadar Perkongsian ketika menerima kunjungan dari Universiti Phu Yen, Vietnam dan Universitas Cokrominota Paiolo dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Muhammaiyah, Indonesia. Aktiviti untuk kelas ini, saya gabungkan idea Gamifikasi dan Schavenger Hunt bagi tajuk Persamaan Linear, atau lebih spesifiknya Persamaan Linear dalam Dua Pemboleh ubah (Persamaan Serentak). Saya bahagikan 5 stesen untuk setiap tugasan yang berbeza. Stesen 1 - Murid mencatat nota dari site Persamaan Linear Stesen 2 - Murid menonton video dua kaedah Penyelesaian Persamaan Serentak, iaitu Kaedah Penghapusan dan Kaedah Penggantian Stesen 3 - Murid meneroka perisian Geo Gebra untuk mendapatkan penyelesaian bagi Persamaan Serentak menggunakan Kaedah Graf Stesen 4 - Kuiz soalan sederhana Stesen 5 - Kuiz soalan KBAT
Stesen 1, 2 dan 3 berjalan serentak. Murid dibahagikan kepada kumpulan - Group of 4. Setiap kumpulan dibahagikan tugasan untuk Stesen 1, 2 dan 3. Tugasan yang telah disiapkan oleh setiap kumpulan akan saya semak dan memberi reward dalam bentuk sticker. Kumpulan yang paling banyak mengumpul sticker akan dikira sebagai pemenang. Setiap sticker yang diberi juga akan ditampal pada bulatan yang mewakili setiap ahli kumpulan. Bulatan 1 untuk ahli 1 dalam kumpulan. Pada akhir kelas, saya akan dapat pemenang dari kategori kumpulan dan individu. Macam best kan... memang best tau.. kalau tak caya buat la dalam kelas Selesai melaksanakan tugasan bagi Stesen 1-3, barulah kumpulan diberikan kebenaran untuk melaksanakan tugasan Stesen 4 dan seterusnya Stesen 5. Dalam kelas kami, tiada kumpulan pun yang layak berpindah ke Stesen 4, hhmmmm...
Wah.. nampak khusyuk je kan anak2 saya ni. Maklumlah dapat pegang mouse dan tgk skrin komputer, takde sorang pun yang menguap.. Bagi menghargai kerjasama anak2 ini, kami raikan dengan daun seleri. Eh! daun seleri tu wonderpet... kami bukan wonderpet.. So kami raikan dengan KFC. Seronoknya mereka, dapat makan KFC lagi. Perjanjiannya cikgu beli bucket dan semua kongsi ramai2, nak makan lebih bayar sendiri!! Huuwwaaa... zalimnya cikgu..
Hhhmmmm.. suka la tu.. o.k. sekian untuk perkongsian kali ini...

Thursday, 20 July 2017

Sambutan Jalinan Kasih Aidilfitri di sekolah

Tanggal 20 Julai, kami mengadakan Program Jalinan Kasih Aidilfitri di sekolah. Murid hanya dibenarkan memakai baju kurung atau baju Melayu sahaja, jika tidak, mereka diwajibkan memakai uniform sekolah. Wah, meriah sungguh bilamana murid Melayu, Cina, India, Iban tanpa mengira kaum memakai baju kurung dan baju Melayu. Seronok tgk warna warni pakaian murid, kalah cikgu,hehehe..Ni je gambar yang sempat saya ambil.



 
Ha.. yang ni pakai baju cikgu ni.



 
Yan Yu.. saya ingat dia sebab saya ajar dia Matematik tingkatan 1, tp saya cuti bersalin 5 bulan masa tu. pastu tingkatan 2 saya ajar dia Bahasa Melayu sekejap, lepastu saya lepaskan Bahasa Melayu tahun tu.. tak ajar dah BM smpai sekarang. Tingkatan 3, saya ajar lagi Yan Yu yang super sibuk main bola tampar sampai wakil Malaysia. Dia budak yang baik dan rajin, trial PT3 dia fail Matematik, tapi saya yakin sangat dia boleh buat yang terbaik dan masa PT3 dia buktikan dia boleh dapat B. Bila Yan Yu tukar kelas, saya pulak yang sedih.. agak2 kenapa ek? Sebab saya tau potensi dia..


 

 Yang ni pulak, cikgu kena tahan masa nk masuk kelas.. ajak gambar kenangan, iyalah.. dah pakai

baju Melayu la katakan.




 

 Tau tak kenapa budak 2 orang ni datang jumpa saya? Ada la tu benda yang dia nak.. Haziq dan Shine, pelajar 4SN, saya ajar dia Matematik thn lepas, tp mengajar diorg memang happening. Kenapa Haziq berdiri jauh?? sebab dia ingat pesah saya...saya selalu ingatkan dia dalam kelas, bukan Mahram tak boleh dekat2.. Kami mengadakan sambutan ni sebelum rehat sahaja, manakala selepas rehat kami masuk kelas seperti biasa, PdPc seperti biasa. Mau ke budak2 nk belajar dah meriah sepanjang pagi. Kelas saya dengan 3D selepas rehat, masuk ke kelas mereka semua tengah buat Mannequin Challenge. Kita buat win win situation, bila semua buat latihan yang saya beri, kita akan buat mannequin challenge ni..







 Tak pelah, kita layan murid 1KK buat tarsia puzzle untuk Persamaan Linear

   


























Yang ni budak dah penat sangat katanya. Entah apa yang dia penat tak tau lah.. tgk persembahan dan makan je pun.. boleh
penat jugak ek? Daniel...Daniel..



 Ni pulak the twins, Serene dan En Hui. Comel kan???


 Ni gambar kami ramai2







1KK The Best !!!

Ok, ni pulak Manequinn Challenge utk 1 KK


 Seronok la tu...