Thursday, 17 August 2017

Flipped Classroom VS Self learning Classroom

Al-kisah...bila nk ajar tajuk Garis dan Sudut, terjumpa video untuk bimbing murid lukis tembereng garis, pembahagi dua sama serenjang, pembahagi dua sama sudut, garis selari dan garis serenjang. So, saya pun buatkan site untuk Garis dan Sudut dan masukkan video-video tersebut dgn harapan murid boleh belajar di rumah... Flipped classroom la konon-kononnya...



Nk buat flipped classroom ni memang idea yang sangat bagus sbb nanti masuk kelas murid dah tau nk buat apa, cikgu cuma perlu bimbing sahaja. Kekangan yang saya hadapi ialah murid tidak ada akses internet di rumah...Huwwaaaa... Tak pe, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. So, saya bawa murid saya ke Makmal Komputer dan saya berikan tugasan untuk mereka. Lampiran mukasurat 3 untuk lukis tembereng garis, lampiran mukasurat 4 utk lukis pembahagi dua sama serenjang dan begitulah seterusnya... kita yang buat site dan kita yang buat soalan, senang la nk buat macamana kan.. Meh, sekarang kita layan anak2 cikgu cda dok belajar guna video macamana nk lukis garis-garis tersebut dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

Inilah dinamakan self learning.
Cikgu buat apa????? Haah ek, cikgu nak buat apa?????
ooo...cikgu dok kt belakang tgk skrin komputer diorang la...

 Alhamdulillah semua murid buka video yang ada dan melaksanakan tugasan yang cikgu beri.

Sebenarnya, inilah jiwa anak2 sekarang. Pembelajaran kendiri dengan video ini ada unsur visual, auditori dan kinestatik digabungkan. So semua murid ambil bahagian dalam PdPc..

Syukur ya Allah..moga anak2 didik dan anak2 cikgu cda cemerlang dunia akhirat.


Aminnnn... Kalau nk videonya, boleh dapat di sini


Membina tembereng garis  
https://www.youtube.com/watch?v=sRe4msKv9Aw&feature=youtu.be 


Membina pembahagi dua sama serenjang
 https://www.youtube.com/watch?v=hn91MV2_NS4&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dari satu titik
  https://www.youtube.com/watch?v=b_b2x4S0Ri8&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dari satu titik pada garis
https://www.youtube.com/watch?v=sxRYKTAaC7o&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dengan menggunakan sesiku dan pembaris
https://www.youtube.com/watch?v=3eCIP83XzEc&feature=youtu.be


Membina garis selari
https://www.youtube.com/watch?v=1WqWsy5BL1A&feature=youtu.be


Membina garis selari dengan menggunakan sesiku dan pembaris
https://www.youtube.com/watch?v=aHJSPgBe2aw&feature=youtu.be


Membina sudut 60 darjah
 https://www.youtube.com/watch?v=wnOpc2x55s4


Terima kasih En. Yu Ti Yub   dan cikgu2 yg upload video.
Saya manfaatkannya je.. Semoga bermanfaat untuk semua...

No comments:

Post a Comment