Wednesday, 10 May 2017

Kem Fun With Maths PT3 (2017)

Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Panitia Matematik SMK TMR2 diadakan pada 18 Feb 2017. Majlis dimulakan oleh Pengerusi Majlis yang sentiasa cool, Pn Chandrathevy
Tn Hj Razli selaku pengetua SMK TMR2 yang sentiasa memberi sokongan pada setiap aktiviti panitia
Ceramah Halatuju STEM kita oleh PM Dr Johari bin Surif, Pensyarah Fakulti Pendidikan UTM Skudai
Ni acara bergambar bersama semua peserta kursus dan fasilitator. Peserta terdiri daripada murid Tingkatan 3 dan fasilitator terdiri daripada murid Tingkatan 4, yang menyumbang bakti untuk melengkapkan Khidmat Masyarakat mereka untuk penganugerahan Anugerah Remaja Perdana peringkat Emas dan Perak
Seterusnya parallel session untuk murid menguasai kemahiran menggunakan kalkulator oleh Pn Ong Hui Fern, tajuk Teorem Phytagoras oleh En Mohd Nizam bin Mohamad dan tajuk Persamaan Linear oleh Pn Rasidah binti Hussin
Aktiviti selepas rehat ialah Gamification yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua peserta
Seterusnya ceramah Compass Setting oleh PLF Mohd Rashidi bin Khairuddin
Penyampaian cenderahati dan hadiah oleh En Rosli bin Md Husaian selaku Ketua Bidang Sains & Matematik kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang program
Secara keseluruhannya kem ini berjaya menjentik hati-hati peserta yang dahagakan suntikan motivasi dan halatuju untuk mereka terus melangkah menuju PT3.
Sekalung penghargaan yang tak terhingga kepada Pentadbir sekolah, Pengetua dan PK 1 atas sokongan yang diberikan, Ketua Bidang Sains & Matematik dan Ketua Panitia Matematik, Pn Nora atas sokongan dan dorongan dan tidak lupa untuk semua geng matematik SMK TMR2 yang sangat supportive serta peserta yang sangat awesome

No comments:

Post a Comment