Thursday, 17 August 2017

Flipped Classroom VS Self learning Classroom

Al-kisah...bila nk ajar tajuk Garis dan Sudut, terjumpa video untuk bimbing murid lukis tembereng garis, pembahagi dua sama serenjang, pembahagi dua sama sudut, garis selari dan garis serenjang. So, saya pun buatkan site untuk Garis dan Sudut dan masukkan video-video tersebut dgn harapan murid boleh belajar di rumah... Flipped classroom la konon-kononnya...



Nk buat flipped classroom ni memang idea yang sangat bagus sbb nanti masuk kelas murid dah tau nk buat apa, cikgu cuma perlu bimbing sahaja. Kekangan yang saya hadapi ialah murid tidak ada akses internet di rumah...Huwwaaaa... Tak pe, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. So, saya bawa murid saya ke Makmal Komputer dan saya berikan tugasan untuk mereka. Lampiran mukasurat 3 untuk lukis tembereng garis, lampiran mukasurat 4 utk lukis pembahagi dua sama serenjang dan begitulah seterusnya... kita yang buat site dan kita yang buat soalan, senang la nk buat macamana kan.. Meh, sekarang kita layan anak2 cikgu cda dok belajar guna video macamana nk lukis garis-garis tersebut dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

Inilah dinamakan self learning.
Cikgu buat apa????? Haah ek, cikgu nak buat apa?????
ooo...cikgu dok kt belakang tgk skrin komputer diorang la...

 Alhamdulillah semua murid buka video yang ada dan melaksanakan tugasan yang cikgu beri.

Sebenarnya, inilah jiwa anak2 sekarang. Pembelajaran kendiri dengan video ini ada unsur visual, auditori dan kinestatik digabungkan. So semua murid ambil bahagian dalam PdPc..

Syukur ya Allah..moga anak2 didik dan anak2 cikgu cda cemerlang dunia akhirat.


Aminnnn... Kalau nk videonya, boleh dapat di sini


Membina tembereng garis  
https://www.youtube.com/watch?v=sRe4msKv9Aw&feature=youtu.be 


Membina pembahagi dua sama serenjang
 https://www.youtube.com/watch?v=hn91MV2_NS4&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dari satu titik
  https://www.youtube.com/watch?v=b_b2x4S0Ri8&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dari satu titik pada garis
https://www.youtube.com/watch?v=sxRYKTAaC7o&feature=youtu.be


Membina garis serenjang dengan menggunakan sesiku dan pembaris
https://www.youtube.com/watch?v=3eCIP83XzEc&feature=youtu.be


Membina garis selari
https://www.youtube.com/watch?v=1WqWsy5BL1A&feature=youtu.be


Membina garis selari dengan menggunakan sesiku dan pembaris
https://www.youtube.com/watch?v=aHJSPgBe2aw&feature=youtu.be


Membina sudut 60 darjah
 https://www.youtube.com/watch?v=wnOpc2x55s4


Terima kasih En. Yu Ti Yub   dan cikgu2 yg upload video.
Saya manfaatkannya je.. Semoga bermanfaat untuk semua...

Wednesday, 16 August 2017

Games dalam Kelas

Selalunya bila saya masuk kelas 3H ni kalau nak ajar tajuk yang ikut silibus memang 90% murid akan tidur.. Aduiiii... pening kepala cikgu nk fikir bahan apa nak bawak masuk kelas utk tarik minat mereka belajar, pening pening cikgu sampai kena vertigo last week.

Ni keadaan kelas selalu kalau cikgu talk n chalk




Tetiba hari ni saya dapat ilham untuk buat Linear Equation Challenge dengan diorang ni.  Ni sesi percubaan nak tengok apa reaksi diorang sebenarnya.

Ni aksi-aksi mereka bila dapat soalan tu.









WoW!!!! Saya teruja dan terkejut sebenarnya... Seronok sangat.  Apalah soalan yang cikgu bagi sampai diorang khusyuk smpai macam tu sekali ek?

Ni dia Linear Equation Challenge tu.  Saya dapat bahan ni dari Pinterest sebenarnya.


Murid akan cari penyelesaian setiap persamaan linear yang diberi.  Contohnya no 1, x=34, jadi mereka akan sambungkan titik 1 dan 34, begitulah seterusnya sehingga soalan 50.

Nampak macam leceh dan susah kan, tapi hasilnya amat mengejutkan. Ni hasil kumpulan pertama yang siap, betul semua beb. 50/50.  Perfect score!!!


Terkejut makkkk...

Ni pulak kumpulan kedua yang siap.  Salah satu je, daripada 50 soalan.


Mak lagi la terkejut bila dapat yang ni, sebab ni memang kumpulan yang muridnya kaki sembang macam kedai kopi tau.

Moral of the story,  memang la diorang ni bijak sebenarnya, cikgu pun kena la bijak menggunakan pendekatan dalam PdPc untuk mencungkil bakat dan menarik minat mereka.

Insya-Allah cikgu cda akan sediakan pembelajaran berbentuk permainan untuk awak semua.

Sunday, 6 August 2017

Ketaksamaan Linear

Simbol ketaksamaan Waduh...waduh...aritu belajar persamaan linear, arini cikgu sebut ketaksamaan linear pulak Apa beza persamaan linear dengan ketaksamaan linear ni cikgu? Memang tu la persoalan bila cikgu mula tulis tajuk kat papan putih... kalau persamaan linear, persamaan daripada kata dasar "SAMA" kalau ketaksamaan linear pulak, ketaksamaan daripada kata dasar "TAK SAMA" So nampak tak bezanya? kalau tak sama tu, mesti la dia besar atau kecil kan. So meh tengok simbol ">" simbol lebih besar "<" simbol lebih kecil dulu2 ajar matematik, saya mintak murid ingat simbol kurangkan laju kt jalan raya tu, kan simbol "<", maksudnya kurang. Tapi pelajar visual senang la ingat, kalau pelajar yang auditory atau kinestatik, susah juga la nk ingat.. Ada sekali tu saya terjumpa cara yang mudah sangat nak ingat, murid saya pun senang nak ingat. Ha, macamana caranya? Tengok la gambar di bawah.. biar gambar berbicara
O.k. cikgu cda mohon undur diri dulu..